Friday, May 11, 2012

TERBARU : Kelas 'BOLEH MEMBACA'

    Atas permintaan ibubapa, Kelas ini di buka buat adik-adik yang berumur 5 & 6 tahun juga kepada murid Tahun 1 & 2.
    Menjadi impian setiap ibu bapa agar anak-anak dapat membaca di awal usia kerana apabila melangkah ke Tahun 1, membaca akan memudahkan anak-anak menimba Ilmu.
     Kelas diadakan sekali seminggu, selama sejam . Yuran hanya RM65/sebulan. Yuran pendaftaran termasuk modul RM15.
     Mudah-mudahan anak-anak yang sukar membaca dapat dibantu dan dapat membaca dengan lancar...amin.

Monday, May 7, 2012

Guru Pemeriksa Kertas Sebenar (berpengalaman)

        Alhamdulillah, guru yang mengajar di Pusat Tuisyen Imtiyaz IQ bukan calang-calang. Majoriti adalah pemeriksa kertas peperiksaan sebenar. Bahkan ada yang telah lebih 10 tahun memeriksa kertas peperiksaan sebenar. Sudah boleh dianggap guru pakar...

         Komitmen guru disni cukup tinngi untuk memastikan pelajar memahami bagaimana cara menjawab soalan peperiksaan sebenar.
         Sungguh jasa guru takkan mampu dibalas...hanya Allah jua yang membalas keikhlasan mereka.

Wednesday, May 2, 2012

Alhamdulillah, TeLaH BerOpERaSi



Syukur, pusat tuisyen ini telah dapat beroperasi dengan rasminya pada awal tahun ini (2012). Jutaan terima kasih buat ahli keluarga & semua pihak yang telah berusaha bersama-sama sejak dari awal penubuhan.

Tahniah & terima kasih tak terhingga pada ibu bapa yang telah sama memberi sokongan & kepercayaan menghantar anak-anak belajar di pusat tuisyen Imtiyaz IQ. Selamat belajar buat pelajar tahun 4 hingga Tingkatan 5.