Tuesday, December 4, 2012

Pendaftaran 2013 telah dibuka sekarang.


Suasana belajar yang selesa dan dibimbing oleh guru berpengalaman akan membuatkan pelajar minat untuk belajar dan mudah memahami apa yang diajarkan InsyaAllah. Jadikanlah kami PILIHAN ANDA.

Thursday, November 29, 2012

Respon Ibubapa sekitar kep. UPSR (2012)


   Antara respon yang diterima dari Ibu bapa selepas keputusan UPSR, 2012 keluar...:-). Orang yang paling gembira ialah ibu bapa & para guru. Kami di Pusat Tuisyen IMTIYAZ IQ pun tumpang gembira.









KEPUTUSAN UPSR 2012

         Alhamdulillah....Keputusan UPSR dah pun keluar pd 19 Nov 2012. Penantian penuh debaran pelajar Tahun 6 bakal berakhir. KAmi di Pusat Tuisyen IMTIYAZ IQ sentiasa mendoakan yang TERBAIK buat anak didik kami.
         Berkat kesungguhan guru mengajar & semangat belajar yang tinggi oleh pelajar Tahun 6,  5 orang  pelajar Tahun 6 di Pusat Tuisyen Imtiyaz IQ berjaya mendapat 5A. Mereka ialah :
   
     1) SYAFIYAH BT. MOHAMAD BASRI ( S.K GELUGOR KEDAI)
     2) AHMAD MUKHLIS B. LOKMAN ( S.K PUSAT CHABANG TIGA)
     3) MEGAT IZHAM FARIS ( S.K PUSAT CHABANG TIGA)
     4) HANIE HAYATIE HASHIM ( S.K PADANG MIDIN)
     5) MUHAMMAD ALI RIDHWAN BIN MAT NAFI (S.K SIMPANG RAWAI)

Pelajar yang mendapat 4A pula ialah :

     1) TENGKU ALIYANISA   (S.K PADANG MIDIN)
     2) IZYANI HAZIRAH BTE MAIZUKI ( S.K PADANG MIDIN)
     3) NUR INSYIRAH HANANI ( S.K PADANG HILIRAN)
     4) MUHAMAD HAIMAN BIN MUHAMED ROKI ( S.K SIMPANG RAWAI)
     5) SHAHIRAH MAWADDAH BT ZAHARI ( S.R IBNU QAYYUM)

Pelajar lain ramai yang mendapat 3A.

SYABAS & TAHNIAH dari kami....semoga terus CEMERLANG DUNIA & AKHIRAT, AMEEEEEN.

Saturday, October 27, 2012

DARI GRED G & D KE GRED A.(MAT. TAMB)

     Petang tadi kebetulan ada kenduri kesyukuran rumah mak sdara. Tengah sembang2, ada seorang ibu menceritakan dgn penuh gembira kejayaan anaknya yg akhirnya mampu dapat A dlm subjek Matematik Tambahan. Sebelumnya, anaknya hanya berada di sekitar Gred G & D shj.
     Terima Kasih kpd. Pn. Solehah & En. Ramlee dr. Kg. Kubang Panjang yg telah memberi kepercayaan kpd. Pst Tsyen kami membantu anaknya. Kini anaknya mampu tersenyum kerana salah satu subjek yg dianggap Killer di sekolah dia dapat A.
      Terima kasih kpd guru Pusat Tuisyen Imtiyaz IQ atas jasa kalian mendidik & membantu para pelajar.
Syabas di ucapkan kepada Siti Syafiqah yang baru mendapat A bg. subjek Add Math dalam Pep. Akhir Tahun.

Friday, October 26, 2012

Ke Seminar Jutawan Industri (Tambah Ilmu)



Untuk menambah baik pengurusan Pusat Tuisyen Imtiyaz IQ, Padang Midin dan memajukannya demi kebaikan pelajar & ibu bapa, Cikgu ke Seminar Jutawan Industri. Alhamdulillah, banyak yang dapat diambil untuk diambil tindakan.

Untuk maju, perlu ada ILMU, SISTEM dan TINDAKAN. FAST ACTION FAST RESULT. Syukur ada Insan yang tidak kedekut Ilmu spt Dr. Azizan, dia sentiasa berkongsi Ilmu.

Lagi banyak share...lagi banyak Allah tambahkan Ilmu...:-). 

Jadi CEPAT-CEPAT MENDAFTAR untuk 2013 untuk merasaikan KESERONOKAN BELAJAR. 

1st COME, 1st SERVE.


Sunday, October 14, 2012

Mudah sifir 6 & 8 (utk pljr Sek. Ren)


SIFIR 6.


SIFIR 8.

Kelas Pra 2013.

   Alhamdulillah, pelajar dah memasuki musim peperiksaan. Kelas tuisyen dihentikan selaras pelajar memasuki minggu peperiksaan masing2. Kelas terkhir SPM ting.5 akan berakhir hujung bulan ini (Okt).

  Kelas Pra 2013 telah pun diatur. Bakal bermula minggu ke-2 cuti sekolah InsyaAllah. Bertuah pusat tuisyen Imtiyaz mendapat pelajar & ibu bapa yang bersemangat untuk program cuti anak-anak. Ibu bapa sememangnya menantikan kelas pada musim cuti agar cuti anak2 mereka terisi dengan program yang bermanfaat.

Boleh hubungi Cg. Sukri (013-9348115) untuk maklumat lanjut program cuti sekolah anak2.

Sunday, October 7, 2012

Program Cuti Sekolah 2012

   

     Cuti sekolah kian hampir...Bagi pelajar, ini waktu keriangan.  Pun begitu lebih bermakna jika diisi dengan program yang bermanfaat...InsyaAllah, bermula bulan Nov hingga Dec akan berjalan kelas2 Intensif, membaca, B.Arab spt dia atas.

Wednesday, August 15, 2012

Doa.

    Alhamdulillah...syukur masih ada 3 hari lagi termasuk hari ini kita berpuasa...jangan lepaskan peluang untuk menggandakan amal ibadah.
    Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam mereka yang mendapat keampunan & di jauhkan dari api neraka.
    SELAMAT BERPUASA & BERHARI RAYA.

Monday, July 23, 2012

Pendaftaran 2013 dah boleh dibuat sekarang...Daftar dulu.

Salam...
   Bersekali dengan Takwim, ditawarkan pendaftaran awal utk sesi 2013...Syukur Alhamdulillah, dah ada ibu bapa yang call utk daftarkan anak mereka utk Tahun depan.
   Tempat agak terhad, Maksimum 15 orang sekelas. Tahun ni Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Walaupun baru bermula tahun ni, dah ramai yang mendaftarkan anak-anak untuk belajar & ulangkaji di Pusat Tuisyen Imtiyaz IQ...
   Semoga pusat tuisyen terus berkhidmat demi kecemerlangan anak-anak pelajar dengan dokongan ibu bapa...Syabas buat ibu bapa & pelajar.

Tuesday, July 17, 2012

Takwim Ramadhan 1433H (Selamat Berpuasa)



Salam Ramadhan...Ni dia takwim dari Pusat Tuisyen Imtiyaz IQ, boleh di print out buat panduan bagi kawasan K.trg, Hulu trg & Marang...khusus untuk diedarkan bagi rujukan masyarakat sekitar...

Sunday, July 15, 2012

Mudahnya Sifir 3 & 7

Tanpa perlu menghafal...pelajar boleh menjawab soalan melibatkan sifir 3 & 7 dengan mudah.





Saturday, July 14, 2012

Kelas pada bulan Puasa

      Alhamdulillah...Bulan Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi. Kelas yang akan diteruskan pada bulan puasa adlah Kelas SPM, kelas UPSR & Kelas Intensif  Tahun 3.
      Kelas diadakan pada hari minggu (Jumaat & Sabtu) pada sebelah pagi @ petang agar tidak mengganggu waktu malam anak-anak pelajar untuk berterawih di masjid. Kelas SPM diminta oleh Cg.Raznah (SMK Pdg Midin) buat pelajarnya yang terlibat dengan Sukan Malaysia (SUKMA). Semoga kelas berjalan dengan lancar insyaAllah.

Friday, July 13, 2012

Nilai Murni...



     Rak selipar disediakan untuk memudahkan pelajar meletakkan selipar masing-masing. Disamping dapat memdidik jiwa anak-anak pelajar agar sentiasa menyukai kekemasan & prihatin terhadap milik masing-masing.

Kelas Intensif Tahun 3.

                                              Terbaikkkkk....geng Kelas Intensif Tahun 3.


      Benar kata bijak pandai...pada usia kecil, perasaan ingin tahu mengatasi malu. Geng tahun 3 ni sgt. banyak bertanya...apa yang tak faham terus ditanya, berebut-rebut. Alhamdulillah, banyak yang pelajar belum faham telah dapat dibantu....makin banyak perubahan berlaku.

Geng Tahun 3. dari depan Kiri : Mimi, Hanani & Awatif.
                       dari depan Kanan : Syameel, Nur Saufi & Hafizi.

   Semoga Allah s.w.t permudahkan mereka utk berjaya dlm hisup...amin.

Suasana Pusat Tuisyen.

                                                        Dari luar...pada waktu malam.

                                             Depan pusat tuisyen...aras 2, Wisma Kokitab 2.

                                              Kisah kejayaan...sumber motivasi pelajar.

                                           Lagi kisah pelajar cemerlang dlm PMR & SPM.

                                                      Dari pintu masuk ke kelas.    

Pelajar ceria timba ilmu...

                                                    Pelajar Ting. 2 Pusat Tuisyen Imtiyaz IQ.


    Pelajar yang setia dari awal tahun...alhamdulillah, mudah serasi satu sama lain...belajar dalam keadaan happy. Guru-guru yang membimbing mengakui pelajar banyak menunjukkan kesungguhan dan banyak bertanya....

  Tahun depan InsyaAllah daftar untuk kelas PMR...Tahun ni dapat buka 2 kelas, mudah-mudahan makin bertambah bilangan pelajar...kelas baru akan dibuka.

Friday, May 11, 2012

TERBARU : Kelas 'BOLEH MEMBACA'

    Atas permintaan ibubapa, Kelas ini di buka buat adik-adik yang berumur 5 & 6 tahun juga kepada murid Tahun 1 & 2.
    Menjadi impian setiap ibu bapa agar anak-anak dapat membaca di awal usia kerana apabila melangkah ke Tahun 1, membaca akan memudahkan anak-anak menimba Ilmu.
     Kelas diadakan sekali seminggu, selama sejam . Yuran hanya RM65/sebulan. Yuran pendaftaran termasuk modul RM15.
     Mudah-mudahan anak-anak yang sukar membaca dapat dibantu dan dapat membaca dengan lancar...amin.

Monday, May 7, 2012

Guru Pemeriksa Kertas Sebenar (berpengalaman)

        Alhamdulillah, guru yang mengajar di Pusat Tuisyen Imtiyaz IQ bukan calang-calang. Majoriti adalah pemeriksa kertas peperiksaan sebenar. Bahkan ada yang telah lebih 10 tahun memeriksa kertas peperiksaan sebenar. Sudah boleh dianggap guru pakar...

         Komitmen guru disni cukup tinngi untuk memastikan pelajar memahami bagaimana cara menjawab soalan peperiksaan sebenar.
         Sungguh jasa guru takkan mampu dibalas...hanya Allah jua yang membalas keikhlasan mereka.

Wednesday, May 2, 2012

Alhamdulillah, TeLaH BerOpERaSi



Syukur, pusat tuisyen ini telah dapat beroperasi dengan rasminya pada awal tahun ini (2012). Jutaan terima kasih buat ahli keluarga & semua pihak yang telah berusaha bersama-sama sejak dari awal penubuhan.

Tahniah & terima kasih tak terhingga pada ibu bapa yang telah sama memberi sokongan & kepercayaan menghantar anak-anak belajar di pusat tuisyen Imtiyaz IQ. Selamat belajar buat pelajar tahun 4 hingga Tingkatan 5.